PENGENALAN

 Sistem E-Aduan KPDNKK telah diwujudkan bagi menyimpan dan menguruskan semua aduan yang diterima melalui pelbagai sumber aduan di Kementerian ini. Sistem ini digunakan oleh orang awam untuk membuat aduan kepada KPDNKK manakala Bahagian Gerakan Kepenggunaan, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Bahagian Penguatkuasa dan Cawangan KPDNKK di seluruh Negara menggunakan sistem ini bagi mengemaskini dan menguruskan aduan yang diterima.

LATAR BELAKANG

 Sistem Pengurusan Aduan KPDNKK yang dikenali sebagai sistem e-Aduan ini telah dibangunkan lebih 12 tahun lalu dan mula digunakan pada 14 Jun 2004. KPDNKK membangunkan sistem e-Aduan KPDNKK ini bagi membolehkan pengguna membuat aduan dengan menggunakan kemudahan internet tanpa perlu hadir ke Pejabat KPDNKK yang berdekatan.

 Namun ianya telah ditambahbaik pada tahun 2011 dan juga telah dibangunkan semula pada 2017 bagi mengaplikasi proses kerja baru bagi pengurusan aduan KPDNKK serta menangani isu-isu keselamatan ICT.

 Sistem ini juga diperluaskan dengan kewujudan aplikasi Ez ADU KPDNKK bagi pengguna membuat aduan melalui telefon pintar atau peranti mobile yang lain. Aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDNKK diwujudkan sebagai kemudahan kepada pengguna membuat aduan kepada KPDNKK melalui telefon pintar atau peranti mobil yang lain dengan lebih mudah dan cepat.