SISTEM EADUAN KPDNHEP V2.0

Selamat Datang ke sistem Eaduan KPDNHEP yang telah dibangunkan khusus bagi membolehkan pengguna membuat aduan terus ke KPDNHEP tentang perkara-perkara berkaitan perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Objektif

Objektif utama kami

MELINDUNGI PENGGUNA

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] yang berfungsi untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta 599 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.

PENGASINGAN DARIPADA MAHKAMAH SIVIL

Sebelum penubuhan Tribunal, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan difailkan DAN didengar di mahkamah sivil yang mana melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan memakan masa panjang.

MUDAH, MURAH & CEPAT

Justeru itu, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk pengguna menuntut tebus rugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara yang MUDAH, MURAH dan CEPAT.

Tuntutan

Jenis tuntutan yang pengguna boleh lakukan dan prosesnya.

Jenis Tuntutan

Pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut tebus rugi bagi kerugian berkaitan kepentingannya sebagai pengguna di bawah Akta 599

Read More »

Tatacara Pemfailan

Prosedur pemfailan dan pendaftaran sesuatu tuntutan adalah seperti yang berikut

Read More »

Tatacara Pendengaran

Ketahui tentang tatacara pendengaran kes yang telah difailkan

Read More »

Akta Perlindungan Pengguna 1999

Anda boleh muat turun dokumen tentang Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Download »

Piagam Pelanggan

Bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, kami berjanji:

Hari Yang Sama

Bahawa semua tuntutan akan didaftarkan dan resit akan dikeluarkan pada hari yang sama tuntutan berkenaan difailkan.

Adil & Mesra

Bahawa semua tuntutan didengar dan diselesaikan dengan cara yang adil dan mesra;

60 Hari

Bahawa semua tuntutan didengar dan diselesaikan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pendengaran pertama, jika boleh.

Award Hari Yang Sama

Bahawa semua award dikeluarkan dan diserahkan pada hari yang sama tuntutan didengar.

eAduan V2.0

SISTEM EADUAN KPDNHEP V2.0

Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (MDTCA)
Level 5 (Podium 2)
Persiaran Perdana, Precinct 2
Federal Government Administration Center
: +603 - 8882 5822
: +603 - 8882 5831
: https://www.kpdnhep.gov.my

© 2020 portal.tribunal

portal.copyright